Apa puncanya?
Keguguran Rambut Selepas BersalinKeguguran rambut sebelum dan selepas bersalin merupakan keguguran rambut yang biasa pada wanita. Wanita bukan sahaja perlu menjaga anak-anak malah mereka juga perlu menjalankan kerja di rumah dan pejabat. Masalah keguguran rambut merupakan cabaran terbesar bagi mereka!
Apakah keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin?Wanita dikatakan kelihatan paling berseri semasa mengandung. Rambut adalah cantik dan muka mereka penuh dengan kegembiraan… wanita-wanita ini memang bahagia. Jadi kenapakah masalah keguguran rambut dihadapi? Sebenarnya semasa tempoh hamil, wanita-wanita akan mengambil pelbagai jenis antibiotik. Ini menyebabkan sistem imun dan fungsinya tidak lancar dan seterusnya menyebabkan keguguran rambut.
Selepas kelahiran anak, jumlah kehilangan darah yang banyak dan perubahan yang besar pada peredaran darah serta kadar metabolisme menyebabkan hormon sukar dilaraskan. 3 hingga 5 bulan selepas bersalin, kira-kira 30% daripada jumlah rambut akan gugur. Wanita-wanita ini juga kehilangan rambut kerana stamina dan kesihatan yang lemah selepas bersalin.
Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin:
-Keguguran rambut 3-5 bulan selepas bersalin
-Keguguran rambut berjumlah kira-kira 50%
-Dalam kes yang lebih serius, rambut gugur sercara bertompok-tompok.
Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin:
1. Kulit kepala berminyak atau gatal.
Kelenjar minyak yang terlalu aktif akan merembeskan banyak minyak sehingga menjadikan rambut berminyak. Apabila ini berlaku, anda tidak akan dapat membersihkan kotoran-kotoran itu dengan syampu biasa.
2. Keguguran “Rambut Bayi”
Rambut jenis ini akan mula gugur jika terdapat masalah pada folikel rambut.
Umumnya, rambut yang gugur akan tumbuh semula selepas kira-kira 5 bulan. Walau bagaimanapun, jika rambut anda terus gugur selepas tempoh 5 bulan dan kulit kepala semakin jelas kelihatan, anda tidak patut mengabaikannya! Ini akan menjadikan anda tua dan lesu, langsung tidak seperti ibu baru. Selain itu, masalah keguguran rambut anda juga akan menjadi masalah kekal. Apabila nasi sudah menjadi bubur, menyesal pun tidak ada gunanya!
Itulah sebabnya anda perlu mendapatkan konsultasi profesional jika anda mula keguguran rambut 3 bulan selepas bersalin. Anda akan dapat menyelesaikan masalah rambut anda dan mendapat kembali rambut yang lebat dalam masa yang tersingkat.
Apa yang anda perlu ketahui:
* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
* Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Sumber:dermatology.svhm.org.au dan Postpartum hair loss, babycenter.com
* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
* Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Sumber:dermatology.svhm.org.au dan Postpartum hair loss, babycenter.com
Petua penjagaan rambut
| Shampoo yg digunakan jgn jenis yg terlalu kuat. |
2. Rambut hendaklah dicuci selalu jangan biarkan ia berminyak kerana rambut yg berminyak (bkn sbb letak minyak) mudah gugur . . |
3. Menggosok rambut semasa mencuci jgn terlalu kuat/ kasar kerana ia boleh memutuskan pangkal rambut dari akarnya. Gosok dengan hujung jari. Jangan menggunakan kuku. Semasa membilas rambut tidak perlu dilurut2kan rambut. Untuk membuang air di rambut cuba perahkan tanpa melurutkan rambut. Ini bagi menjaga agar rambut tidak gugur. |
4. Semasa mengelap rambut juga jangan terlalu kuat/kasar. Lap dengan lembut. Rambut perlu dibelai dengan lemah lembut. Rambut yg selalu dikasari akan sentiasa gugur dan akhirnya menjadi botak. |
| 5. Amalkan mengambil vitamin B complex supaya rambut menjadi subur. |
6. Berhati-hati dengan shampoo yang murah kerana ada juga jenis tiruan. Pernah dulu pengeluar shampoo ditangkap kerana menipu.. bahan pencuci pinggan dilabelkan sebagai shampoo dan dijual dengan lebih murah. Jadi berhati-hati. |
7. Sekiranya keguguran rambut terlalu teruk, gunakan ubat sebelum mencuci. Dicadangkan mengguna Renowns Hair Loss. Jenis serbuk dicampur sedikit air..Disapu di seluruh kulit kepala. Dibiarkan sekurang-kurangnya sejam atau semalaman. Kemudian baru dicuci.
Penjagaan
•Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
•Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
•Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
•Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.
Bahan yang sesuai
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.
Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.
Penggunaan krim
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.
Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.
Air suam/jus
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita
.
1. Adakah rambut saya akan tumbuh semula selepas gugur?
Jawapan:
Jika folikel rambut adalah sihat, rambut akan tumbuh semula seperti dalam kitar rambut yang normal. Fasa pertumbuhan dan fasa rehat rambut adalah antara kira-kira 3 hingga 5 tahun. Dengan kata lain, setiap helai rambut akan diperbaharui dalam tempoh itu. Apabila rambut berada pada fasa rehat, sehelai rambut baru akan berkembang ke fasa pertumbuhan. Sebaik sahaja rambut baru mencapai kulit kepala, rambut lama akan gugur supaya rambut baru boleh tumbuh.
Selagi folikel rambut adalah sihat dan aktif, rambut akan terus berkembang dan tumbuh. Ini adalah kitar pertumbuhan rambut yang sihat. Rambut memerlukan nutrien dalam aliran darah untuk pertumbuhan baru. Jika folikel rambut menjadi kurang aktif atau mati, ia tidak akan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan sel rambut baru. Ini akan menghentikan pertumbuhan rambut baru.
Dalam keadaan yang lain, jika kebolehan folikel untuk menumbuhkan rambut mula merosot, aliran darah akan berkurangan dan menyebabkan rambut gugur dengan banyaknya dan cepat. Lama-kelamaan, ini akan menyebabkan kebotakan.
2. Adakah keguguran rambut yang berlaku setiap hari normal?
Jawapan:
Orang Asia mempunyai kira-kira 100,000 helai rambut. Keguguran 50 hingga 100 helai rambut sehari dianggap normal. Jika anda mendapati rambut gugur semasa membasuh atau menyikat rambut, jangan bimbang. Apabila anda mendapati keguguran rambut anda adalah lebih daripada 100 helai sehari, kulit kepala anda berminyak, kulit kepala anda sangat gatal, terdapat emping-emping putih pada bahu dan anda kehilangan banyak rambut pada bahagian tertentu pada kulit kepala, anda perlu bertindak!
Anda perlu mendapatkan bantuan dengan cepat. Atasi masalah rambut anda dengan bantuan pakar rambut yang profesional!
3. Kenapakah rambut yang sihat kelihatan berkilat?
Jawapan:
Rambut yang berkilat menandakan kesihatan sel yang terletak pada lapisan epidermis kulit kepala. Apabila sel-sel ini berada pada tahap yang paling lutsinar dan kebanyakannya merupakan sel korneum yang terkumpul, sinaran matahari akan terbayang daripada permukaan rambut. Pembayangan ini menentukan tahap kilat yang akan hadir pada rambut. Kilat rambut adalah hasil daripada cahaya yang dibayangkan oleh batang rambut masing-masing.
Semakin halus permukaan rambut, cahaya yang dibayangkan akan kelihatan lebih banyak. Rambut berkilat apabila sel korneum adalah sebaris dan helaian rambut adalah selari antara satu sama lain. Jika rambut telah rosak, sel-sel tidak akan berada dalam barisan dan rambut akan kehilangan kilatnya. Kekasaran yang berterusan ke atas rambut akan melusuhkan kutikel dan mendedahkan lapisan kedua rambut, iaitu korteks. Ini boleh menyebabkan hujung rambut bercabang dan rambut akan kelihatan kasar dan kusam.
Lama-kelamaan rambut akan gugur. Jumpalah pakar rambut profesional hari ini untuk mengetahui lebih tentang penjagaan rambut anda.
4. Bolehkah pencucian yang kerap menyebabkan keguguran rambut?
Jawapan:
Ramai orang sangat prihatin malah sesetengah pula sangat risau tentang masalah rambut. Sesetengah orang pula mempunyai salah tanggapan bahawa semakin kurang anda mencuci rambut, semakin kurang rambut yang akan gugur.
Kelenjar minyak kulit kepala merembeskan paling banyak minyak. Jika rambut tidak bersih sepanjang masa, minyak yang berlebihan akan bercampur dengan kotoran dan terkumpul pada kulit kepala sehingga menyebabkan kelemumur dan seterusnya keguguran rambut. Oleh itu, kebersihan memang memanfaatkan rambut.
Peredaran darah pada kulit kepala juga boleh diperbaiki untuk membantu mengelakkan keguguran rambut. Jika anda ingin mengetahui lebih tentang berapa kerap rambut perlu dicuci dan mengapa, dapatkanlah nasihat pakar yang profesional.
5. Rambut saya semakin jarang dan juga kurang. Saya boleh nampak kulit kepala saya dan terdapat banyak kelemumur. Rambut saya juga gugur. Apakah yang perlu saya buat?
Jawapan:
Ini adalah disebabkan oleh hormon lelaki yang banyak semasa akil baligh. Selain itu, sebaik sahaja kulit kepala anda dijangkiti Malassezia Furfur, iaitu sejenis virus bakteria yang tumbuh di dalam sebum, perembesan sebum akan terjejas dan batang rambut akan rosak.
Ini akan menyebabkan rambut kehilangan nutrien dan lama-kelamaan menjadi nipis serta mudah bercabang. Keguguran rambut yang banyak juga akan berlaku. Kelemumur akan menjadi jelas dan kepala anda akan gatal, terutamanya pada bahagian ubun-ubun dan pelipis. Bahagian-bahagian itu akan mempunyai lebih banyak rembesan hormon lelaki dan akan mengalami keguguran yang jelas.
Jika anda mengalami masalah ini, perkara yang perlu dilakukan ialah mendapatkan bantuan profesional. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk menangani masalah rambut.
6. Kadang-kadang pemakaian topi dan topi keledar yang terlalu ketat boleh menyebabkan kegatalan. Adakah keguguran rambut juga akan berlaku?
Jawapan:
Bagi lelaki, ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keguguran rambut. Topi yang dipakai terlalu ketat boleh mempercepatkan keguguran rambut. Biasanya, anda tidak akan berasa gatal semasa memakai topi atau topi keledar. Jika anda mengalami kegatalan yang berterusan, lebih baik anda pergi mendapatkan konsultasi profesional. Dapatkan pengimbasan rambut yang terperinci.
Masalah rambut biasanya berlaku apabila terdapat masalah pada kulit kepala.
7. Adakah seorang anak perempuan akan mewarisi masalah penipisan rambut bapanya?
Jawapan:
Ini berkemungkinan berlaku. Oleh itu, anda patut memastikan keadaan kulit kepala dan rambut anda sihat dengan menjaga kebersihannya serta memastikan jenis produk yang digunakan sesuai untuk rambut anda. Sebaik sahaja masalah rambut timbul, carilah profesional yang bertauliah untuk memeriksa masalah itu.
Masalah rambut wanita lebih mudah ditangani berbanding dengan lelaki.
8. Kulit kepala saya sangat berminyak. Bolehkah saya menyingkirkan minyak itu jika saya mencuci rambut setiap hari?
Jawapan:
Mencuci rambut anda setiap hari boleh mengurangkan perembesan sebum tetapi itu bukanlah penyelesaian sebenar kepada keadaan yang anda hadapi, iaitu "sindrom kulit kepala berminyak."
Puncanya ialah keradangan, folikel yang tersumbat, pengurangan atau peningkatan yang mendadak pada berat, tekanan atau penggunaan produk rambut yang tidak betul atau tidak sesuai pada masa yang panjang. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan goreng, ambil suplemen Vitamin C, minum lebih banyak air dan jangan berjaga sampai lewat malam. Jika masalah rambut anda masih tidak dapat diatasi atau menjadi semakin teruk, dapatkan konsultasi profesional dengan serta-merta.
Kulit kepala berminyak boleh membawa kepada keguguran rambut yang banyak jika tidak dirawat dengan cepat atau betul.
9. Adakah keguguran rambut merupakan masalah orang tua?
Jawapan:
Keguguran rambut bukanlah masalah orang tua pada masyarakat kini yang penuh dengan perubahan. Terdapat lebih ramai orang yang berumur antara 15 hingga 20 tahun yang mula mengalami masalah keguguran rambut. Pakar mengatakan bahawa pembelajaran dan pekerjaan menimbulkan tekanan yang banyak.
Selain itu, tidak cukup tidur, pengambilan terlalu banyak makanan yang memanaskan badan atau makanan pedas dan pewarnaan rambut yang kerap merupakan 3 punca biasa keguguran rambut pada orang muda hari ini. Pakar rambut profesional telah menegaskan bahawa jika anda mengalami keguguran rambut, walaupun tidak serius, dapatkan rawatan dengan serta-merta. Penantian tidak akan dapat memperbaiki keadaan.
Penangguhan rawatan mungkin akan membawa kepada keguguran rambut yang berkekalan apabila umur anda semakin meningkat.
10. Bolehkah pembelian produk pada rak jualan membantu menghapuskan masalah rambut saya?
Jawapan:
Kebanyakan orang yang mengalami masalah keguguran rambut mempunyai tanggapan bahawa mereka boleh membeli apa-apa jenis produk penjagaan rambut di rak jualan atau dari farmasi dan produk-produk yang dikatakan ajaib itu boleh mengatasi masalah rambut mereka. Sebenarnya, terdapat banyak jenis masalah rambut yang berbeza yang disebabkan oleh faktor-faktor yang berlainan, termasuk faktor dalaman dan faktor luaran.
Jika rawatan yang sesuai tidak diberikan, masalah rambut itu mungkin tidak dapat diatasi pada masa akan datang. Jangan membelanjakan wang yang banyak ke atas produk tanpa memastikan sama ada produk itu sesuai untuk anda atau tidak. Hanya pakar yang profesional tahu jenis rawatan dan produk yang sesuai untuk jenis rambut anda.
Dalam masa yang singkat, anda akan dapat mengatasi masalah rambut anda dan mendapat kembali rambut yang sihat.



No comments:
Post a Comment