Cer cite Cer cite

CER CITE CER CITE

Thursday, February 3, 2011

Bicara Kesihatan

makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Al-Quran Surah An-Nahli Ayat 114


Makanan dan Hikmahnya menurut Islam

Pernah terlintas tak di fikiran kita, apakah kebaikan atau kemudaratan makanan yang kita makan? Saya masih ingat nasihat Nabi Muhammad yang lebih kurang begini… “Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang”. Kebanyakan dari kita tidak begitu peka tentang perlunya mengetahui khasiat setiap makanan yang kita makan. Ini penting agar kita dapat mengimbangi pengambilan makanan tersebut. Makan apa saja secara sederhana adalah sesuatu yang amat dianjurkan oleh Nabi junjungan kita. Dibawah ini adalah senarai makanan serta khasiatnya:-

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah. Ada juga yang mengatakan sarapan pagi dengan makan pisang boleh mengelakkan banyak penyakit dan memudahkan lawas.

Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat,
kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

“Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a’sl)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
 
 
 

Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:

  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-
  • Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
  • Menggalakkan kecerdasan fikiran
  • Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
  • Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
  • Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
  • Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
  • Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
  • Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
  • Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
 
 Makanan yg  Berkhasiat utk Ibu Mengandung
▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.

Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis. Jenisjenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.

Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat. Adalah lebih balk jika dayang mengurangkan pengambilan jenis jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat.
 

* Roti gandum tulen adalah penyediaan bagi memberi tenaga untuk jangka masa pajang kerana ia dipenuhi serat, kanji, kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik.

* Buah-buahan samada segar atau di dalam tin mengandungi serat dan lebih vitamin termasuklah vitamin C, mineral dan anti oksida.

* Makanan segar seperti mentega, susu dan yogurt dipenuhi kalsium, protein dan beberapa vitamin. ada sesetengah yang tinggi lemak. Oleh iu, beri perhatian pada jenis yang rendah lemak.

* Kehijauan, dedaun yang segar atau sayuran sejuk dipenuhi dengan vitamin C, serta dan asid folik.

* Ubi kentang memberi tenaga berpanjangan dipenuhi dengan kanji, serat, zat besi, kalsium dan vitamin B. Ia juga adalah sumber utama karbohidrat.

* Daging merah yang tidak berlemak, ayam serta itik mempunyai protein, zat besi, vitamin dan mineral. Masak dengan menggunakan sedikit minyak dan juga garam.

* Buah-buahan yang kering seperti aprikot mengandungi zat besi, serat, vitamin C dan vitamin lain serta mineral.

* Ikan merupakan sumber protein yang rendah lemak dan tinggi zat besi. Cuba campurkannya dengan omega-3 yang kaya dengan minyak ikan seperti tuna, ikan air tawar, salmon atau sardin pada setiap minggu.

* Kedua-dua gandum pasta dan gandum memberi tenaga berpanjangan sama seperti serat.

* Bijirin dan kekacang adalah sumber terbaik protein dan serat. Pembelian pelbagai makanan di dalam tin menyelamatkan anda dari pembaziran.

                                                                                                            Sumber dari : majalah mami & baby
 
 
 

No comments:

Post a Comment