Cer cite Cer cite

CER CITE CER CITE

Monday, February 14, 2011

Waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa adalah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah s.w.t. Di antaranya ialah:-
1. Semasa Lailatul Qadar
2. ketika hujan turun


3. ketika memulakan dan setelah selesai solat


4. ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan


5. di tengah malam


6. di antara azan dan iqamah


7. ketika sujud dalam solat


8. ketika iktidal akhir dalam solat


9. ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz Al-Quran


10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir ( waktu sahur )


11. malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat


12. di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Amalan dan kebaikan surah-surah Al-Quran

> (1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
> Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
> terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan
> jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
> Barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah
> dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
> kehebatan kepada pembaca.


 
> (2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
> Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
> nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
> dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20
> kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan
> oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
>

 
> (3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
> Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
> terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.
> Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca
> ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan
> kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan
> kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
> Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan
> darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat
> menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke
> hari Qiamat.
> Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak
> tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan
> mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika
> sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
> Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap
> sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut,,
> dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para
> Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
> Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya
> Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil
> sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang
> terkecil sekali ialah azab neraka.
>
> (4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

 
> Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)
> sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
> bahaya.
>
> (5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
> Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan
> mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
>

 
> (6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
> Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan
> terselamat dari kejahatan para penjahat.
>

 
> (7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
> Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin
> selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was
> semasa wudhu dan sembahyang. 

>Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat
> 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap
> dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

 
>
> (8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
> Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari
> segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh
> penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
>
> (9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
> Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang
> fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala
> dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara
> dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
>
> (10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
> Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di
> cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
>
> (11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
> Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan
> mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,
> dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya
> itu.
>
> (12) SURAH YUNUS (Yunus)
> Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil,
> nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
> Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
> mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

 
>
> (13) SURAH AL-HUD (Hud)
> Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan
> serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari
> surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan
> manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112
> dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya
> akan mencapai ketetapan hati.
>
> (14) SURAH YUSUF (Yusuf)
> Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan
> kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan
> terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac ayat 68
> dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada
> anak-anaknya.

 
>
> (15) SURAH AR-RA'D (Petir)
> Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari
> petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit
> jantungnya akan sembuh.
>
> (16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
> Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
> anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
>
> (17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
> Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas
> perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya
> itu akan terselamat, dari gugurnya.
>
> (18) SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil)
> Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
> bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca
> ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan
> dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.
>
> (19) SURAH AL-KAHF (Gua)
> Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
> Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat
> rezeki yang murah.
>
> (20) SURAH MARYAM (Maryam)
> Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di
> akhirat.
>
> (21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
> Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu
> pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca
> ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang
> subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
>
> (22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
> Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat
> sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
>
> (23) SURAH AL-HAJ (Haji)
> Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
>
> (24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
> Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
> selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang
> siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat
> daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan
> musuh.
>

 
> (25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
> Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang
> buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat
> sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
>

 
> (26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
> Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air
> itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari
> gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
>
> (27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
> Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
> senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
> berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
>
> (28) SURAH AN-NAML (Semut)
> Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
>
> (29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
> Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak
> akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55
> dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan
> budi pekertinya akan halus.
>
> (30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
> Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa
> membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
>
> (31) SURAH AR-RUM (Rum)
> Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
> menzaliminya.
>
> (32) SURAH LUQMAN (Luqman)
> Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
> penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat
> 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
>
> (33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
> Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
> kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala
> penyakit ruhani dan jasmani.
>
> (34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
> Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia
> akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca
> ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan
> musuh-musuhnya.
>
> (35) SURAH SABA' (Saba'wink
> Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
> terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
>
> (36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
> Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati
> perniagaannya.


> (37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
> Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan
> hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan
> terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."
> Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu
> membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi
> sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan
> sakaratul-maut itu."
> Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar,
> agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
> Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat
> dan cita-citanya.
> Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa
> istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan
> diampunkan oleh Tuhan.
> Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya
> akan maju perniagaannya itu.
> Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada
> malam itu, mesti ia mati syahid.
> Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
> nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.
> Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan
> peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan,
> serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
> Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati
> di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh
> anda sekalian.
>
> (38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
> Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan
> jin.
>
> (39) SURAH SHAAD (Shaad)
> Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian
> sejati.  

 p/s: Mudahan kita amalkan bersama-sama dan mendapat berkat daripadaNya

Tuesday, February 8, 2011

Aurat Wanita Mukmin



12 jenis aurat wanita;
 1.   Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.    Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

3.    Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.    Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5.    Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.    Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.    Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.    Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.    Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.    Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.    Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.    Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. 

 
Suara Wanita

Perbahasan mengenai kedudukan suara wanita telah banyak dibahaskan. Pelbagai pendapat berhubung permasalahan ini telah dikemukan samada yang disandarkan kepada nash syarak atau secara aqliyah semata. Tidak dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dalam perkara ini. Pada kesempatan kali ini, sekali lagi kita akan turut membahaskan perkara ini. Apa yang bakal kami tampilkan di sini merupakan prinsip yang dipegang oleh penulis setelah mengkaji secara dalam dan menyeluruh (al-fikrul al-mustanir) berdasarkan nash-nash yang ada. Sekiranya para pembaca menginginkan penjelasan lanjut, anda dialu-alukan berhubung terus dengan sidang redaksi.



Adakah boleh mendengar nyanyian dari seorang wanita ? Apakah kedudukannya dan bagaimanakah seharusnya sikap dan pendirian kita ? Mungkin persoalan sedemikian rupa sering berlegar di benak pemikiran kita. Ada yang mengatakan bahawa yang boleh didengar adalah nyanyian dari lelaki, sedangkan nyanyian seorang wanita adalah haram untuk didengar. Alasannya, suara wanita itu aurat (hal yang tidak boleh ditampilkan). Jawapannya wallahu ‘alam.


 
Walaupun nyanyian yang memalukan itu haram dikerjakan bila disertai dengan perbuatan  haram atau mungkar namun mendengarkannya tidaklah haram. Keharamannya itu terbatas pada mendengarkannya secara langsung dari penyanyinya ditempat maksiat (contohnya konsert secara langsung), bukan kerana suara penyanyi wanita itu aurat. Keharaman itu terletak pada sikap berdiam diri terhadap nyanyian yang berisi kata-kata mungkar dan sipenyanyi wanita tersebut menampilkan kecantikkannya untuk ditonjolkan dengan membuka auratnya, misalnya rambut, leher, dada, betis, paha dan bahagian aurat lainnya. Inilah yang diharamkan oleh syara’, bukan kerana masalah mendengarkan nyanyian wanita itu.
Suara wanita bukan aurat kerana jika disebut demikian, mengapa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak wanita menyanyi di rumahnya ? Selain itu, baginda SAW juga tidak keberatan berbicara dengan kaum wanita, sebagaimana yang terjadi ketika menerima bai’at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan beliau pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan menyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Semua keterangan tersebut dan keterangan serupa lainnya menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat.
Selain itu, syara’   telah memberikan hak dan kekuasaan/kebenaran  kepada kaum wanita untuk  melakukan aktiviti jual-beli, berdagang, menyampaikan ceramah atau mengajar, mengaji Al Quran di rumah sendiri, membaca qasidah atau syair dan sebagainya. Jika suara mereka itu dianggap aurat atau haram diperdengarkan maka tentu syara’ akan mencegah mereka melakukan semua aktiviti tersebut. Inilah hujjah yang kuat. Memang diakui, syara’ melarang wanita menampilkan perhiasannya di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya, melenggak-lenggok atau manja dalam berbicara sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]

Syara’ tidak melarang wanita berbicara dengan lelaki dengan syarat ia tidak menampilkan kecantikkan atau perhiasannya kepada masyarakat umum di samping ketentuan lain yang telah ditetapkan oleh syara’. Oleh kerana itu, mendengar suara wanita tidaklah haram sebab ianya bukan aurat. Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan  keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya: 

...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]

Apabila wanita sudah melanggar perintah tersebut maka tidak hanya dirinya yang terlibat dalam perbuatan dosa atau haram, tetapi setiap orang yang membiarkan hal tersebut kerana mereka tidak menyeru kepada yang ma’ruf terhadap wanita itu dan tidak pula mencegahnya melakukan  yang mungkar.
Rasulullah SAW bersabda mengenai hal ini:

“Siapa saja di antara kalian yang melihat adanya kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu melakukannya, maka hendaklah dengan lisannya. Kalau inipun tidak mapu dilakukannya, maka hendaklah dengan menolaknya dii dalam hatinya. Tetapi itulah iman yang selemah-lemahnya.” [HR Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa’i  dan Ibn Majah]
Aurat Wanita Muslimah Mengikut Syara'

Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. 
Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

 so kalo pakai tdung tu,....pkai la elok2....jgn ingt nk bfesyen je....